Sunday, April 27, 2014

Interview PASUM

Assalamualaikum

Yeah manusia manusia sekalian. Seperti yang tertera di atas, aku baru je lepas pergi interview PASUM or nama panjangnya Pusat Asasi Sains Universiti Malaya pada tanggal 25/4/2014 bersamaan hari jumaat. Aku mohon asasi sains hayat. Tak expect pun dapat interview ni sebenarnya sebab ye lah dah semua orang sekeliling aku cakap susah nak masuk, susah nak masuk. Aku pun haaa ye lah, tak dapat UM, Uitm ada lagi. Dekat pun dekat hehe. Tapi Alhamdulillah, rezeki kan. Dapat lah pergi interview. Interview pun jadi lah. At least jejak jugak kaki aku kat UM tu hihi.

Mula-mula aku check nama aku secara online kat website UM tu, dengan hampanya tertera "Maaf, permohonan anda tidak berjaya". Eh ye ke ayat nya mcm tu ? Ha lebih kurang lah yg pasti. So aku dalam hati pun dah redha lah tak dapat kan. Kawan-kawan TGB semua kemain ramai dapat. Peh mcm jealous ah sikit sebenarnya. Sikit je lah tapi hihi. Beberapa hari lepas diorang semua dah habis interview, aku dapat panggilan from UM. And masa aku dapat call tu hari rabu petang, nak kena interview hari Jumaat. Bayangkan betapa gelabahnya aku pehhh. Memang last minute habis. Malam before interview tu aku stress gila dengan tak prepare apanya lagi. Search sana sini. Lepastu TERtidur pulak adeh. Bangun tidur je rasa nak nangis tapi aku kawal lah haha sbb ada lg masa boleh fikir fikir ayat utk interview nanti hoho.

Bertolak daripada rumah pukul 6.15am nak elak jam punya pasal. Bayangkan ngantuk dia masyaAllah. fuhh Sampai sana around 7+ jugak lah. Can't really recall the exact time. Check nama semua. Okay aku KBT 1 which is bilik interview tu  lah. Time ni ada 7 je bilik interview sebab dengar dengar yang interview sebelum ni ada 8 bilik. Dah daftar semua masuk lah satu dewan. Dewan ke amende aku tak tahu lah. Dengar briefing semua. Disebabkan nama aku start huruf N, so aku lambat lah sikit kena interview. Sempat lah nak prepare lagi ayat-ayat bajet2 bombastic padahal tak pun -.- And diorang pasang cerita Turbo. Bila nama aku kena panggil je, eh diorang bukak pulak cerita Frozen. Baru nak fefeling nyanyi 'DO YOU WANT TO BUILD A SNOWMAN'. Ye lagu favourite aku, jangan judge kahkah.

Dah kena panggil nama, kena tunggu lagi kat depan bilik temuduga. Time ni baru lah nak kenal-kenal dengan groupmates hehe. Satu group ada 5 orang.Nasib baik semua perempuan. Tak ada lah aku malu sangat. Oh and diorang semua sekolah agama hahaha aku je MRSM kat situ. Sorg SAMBEST, lagi 2 org tu sekolah apa tah somewhere in perak lah and lagi sorg kat seremban. Friendly lah jugak diorg ni hehe alhamdulillah. Bila dah kena masuk bilik tu, aku dah berdebar debar fuhh seram. Dah lah aku first yang kena perkenalkan diri. Tapi bagus jugak boleh aku bebel banyak-banyak hehe.

Interview ni sangatlah relax weh. Penat je aku stress gelabah apa bagai semua sheshh. Panel semua sporting habis ah haha. Lepas dah introduce diri tu, dia tanya ah soalan. Since 4 of us from boarding school, diorang tanya lah agak-agak  siapa yang akan perform kat PASUM ni, either budak from boarding school or sekolah harian. Aku dengar group lain kena discuss dulu apa semua tapi kitaorg tkde pun. Terus je cakap. Tak ada lah susah sangat pun. Bila panel tu ada cakap BM sikit, kitaorg pun apa lagi. Memang cakap BM je lah all the way haha. Masa introduce diri tu je speak fully english.

About 20-30 minutes rasanya dalam tu. Aku pun tak perasan sangat sebab duk gelak je banyak time interview tu. Panel tu baik do serious haha. Time mock interview kat maktab lagi ah stress lol. Bila dah habis je kitaorg pun keluar sambil tergelak-gelak ekekeke. Alhamdulillah my first interview went well :) Sekarang tawakal aje lah. Kalau dapat, Alhamdulillah. Tak dapat, Allah is the best planner :) Oh and this monday which is 28/4/2014 aku ada interview Mara pulak kat Kolej Mara Banting. fuhhhh orang yang dah pergi before ni semua cakap best. Aku dah cuak macam apa je dah ni. Dah lah kena pakai sports attire. Ok lah tunggu jelah Isnin ni macam mana. Kalau dapat Mara ni, memang happy woihh. Dapat pergi Ireland kot hihi. Wish me luck ! :)



No comments:

Post a Comment