Thursday, August 13, 2015

Interview Dentistry UiTM

Assalamualaikum

Wow my last entry was on 27th of April 2014 ? Hahaha pasal interview PASUM pulak tu. Okay alhamdulillah aku dah pun habiskan pengajian aku kat PASUM selama 10 bulan (Batch sains hayat PASUM 14/15). Impian nak belajar kat luar negara terkubur sebab aku kena reject mentah-mentah dengan MARA. Sedih do sumpah tak tipu. Aku tak ada semangat gila nak belajar kat pasum masa sem 1 sebabkan hal ni. Tapi sekarang Alhamdulillah aku dah move on hehe

Okay based on my tittle kat atas tu, ye Alhamdulillah aku dapat pergi interview Dentistry UiTM pada bulan Mei yang lepas. Aku memang letak UiTM my first choice sebab aku tak berapa nak yakin dengan pointer aku nak mohon U hebat-hebat (UM,USM,UKM) hehehehe. Pointer aku tak ada lah teruk pun. 3 best subjects aku 3.89 tapi aku still tak yakin sebab tak dapat 4 flat. Ala biasalah aku ni memang low confident sikit hehe. Based on apa yang aku tahu, seseorang tu TAK AKAN dapat lebih daripada satu offer KALAU dia dah dapat critical course (medic,dentistry,pharmacy). Ni time aku lah. Time adik-adik semua lepas ni I donno hoho sama je kut rasanya.

 Okay back to the main point. Berdasarkan maklumat yang aku dengar, start tahun 2015 ni baru first time diorang adakan temuduga untuk course dentistry in UiTM. Kira aku first batch yang malang lah terpaksa kena interview  =.='' Pusat temuduga ada beberapa and I'm not really sure about that but aku kena temuduga dekat UiTM Shah Alam which is sangat dekat dengan rumah. The interview is not really that hard though. Sampai-sampai kena daftar. And then the person in charge akan sort kau into groups based on siapa yang datang awal lah. So kalau kau datang awal, awal lah kau kena interview yaaa gituuuu. Dan memandangkan aku terlewat hahahaha maka lama lah aku kena tunggu nak di interview.

Ok before kena interview tu, aku kena jawab personality test, color blind test and also wire bending test. Personality test ni ala kacang je tutup sebelah mata boleh jawab lol tapi korang nanti jawablah ikut kriteria yang diperlukan untuk menjadi seorang dentist kan. And then color blind test cam biasa lah. Pastu wire bending. hohohohoho Aku dah lah tak prepare apa-apa untuk wire bending. Aku main tibai je. Panel tu akan bagi kau satu gambar and kau kena bend wire tu exactly like in the picture. Lain orang dapat lain bentuk. Aku punya bentuk alhamdulillah senang lah jugak sebab aku tengok orang lain kena buat loop lah huhu nasib badan.

After that, aku kena berkumpul kat dalam satu bilik ni tunggu giliran pulak nak kena temuduga. The iv was conducted in groups of 4. Groupmates aku masa tu, sorang budak matriks, sorang asasi uitm, lagi sorang kawan aku from pasum. And alhamdulillah semua perempuan. Panel ada 3 orang and yeap kena speak entirely in english. Tapi ikut nasib lah, kalau panel tu speak malay sikit janganlah tibai cakap english pulak. Pandai pandai lah ye. Alhamdulillah panel aku dapat tu baik baik belaka tak adalah muka nak makan orang ke kan hoho. Soalan dia tanya is not that hard. Benda-benda common lah like, why do want to be a dentist, apa nama bidang specialty in dentistry yang kau tahu, what do you have in yourself yang kau nak UiTM amik kau as a student. Ya benda-benda gitu lah. Tak susah pun. Just be confident kunci dia. Interview around 30 minutes I think ? Lebih kurang lah. Habis iv balik lah caucincau apa lagi hehe and selamat bertawakal hoho

11/08/2015 yang lepas, result UPU keluar. Alhamdulillah aku dapat Dentistry UiTM. Bersyukur sangat sangat. My road to become a dentist dah sangat clear dah. InsyaAllah 1/9 nanti akan daftar di UiTM sungai buloh. Katanya kampus baru bersebelahan dengan fakulti perubatan. I'm looking forward for that. So, after 10 months of struggling (not really), it is time to bid goodbye to Universiti Malaya and Hello Universiti Teknologi Mara ! Aku dah nampak banyak sangat hikmah kenapa aku tak dapat belajar oversea. Whats with the currency duit yang sangat teruk sekarang, mara tgh miskin, gst, 1MDB blablabla and stuff. Benda-benda ni buat kau lagi susah nak fly. Aku dapat nampak betapa seksanya kawan kawan aku yang dah fly semua. Banyak nak guna duit. Tu lah orang cakap, setiap kejadian mesti ada hikmahnya. Ada sebab kenapa Allah tak bagi aku amik IB at kolej mara banting dulu. Alhamdulillah aku dah nampak semua hikmahnya. Walaupun tak dapat fly, aku still dapat capai impian aku nak jadi dentist. Alhamdulillah Alhamdulillah berkat doa daripada family and kawan kawan :) Wish me luck guys. xoxo.

Any inquiries boleh email me at izzyanimahadzir@gmail.com

TQ